Blogger Layouts

Wednesday, May 18, 2011

Kekasihku Ex-boyfren teman baikku...


Salam semua. Tajuk post Yana arini actually langsung takde kena mengena ngan Yana. Tapi Yana tetiba terfikirkan pasal ni. Inilah yg berlaku dlm dunia realiti kita sekarang ni. Kekasih teman baikku kini menjadi kekasih hatiku...mcm mana agak2nya la kan kita nak berdepan dgn teman baik kita bila semua ni terjadi? Yana takde pengalaman tentang semua ni. Tapi apa yg pasti, mesti akan timbul satu perasaan yg kurang senang di antara kita dan teman baik kita tu kan? Even teman baik kita dah putus dgn kekasih dia yg mana skrg kekasih dia dah pun menjadi kekasih kita...apa perasaan korg bila semua ni berlaku? Bagi pendapat Yana, mcm tak elok la plak kan? Seolah2 kita mengkhianati persahabatan kita. Then mesti ada suara2 sinis yg menegur "Mcm takde jantan lain ke ko nak jadikan pakwe? ex-bf si ___ ni jugak ko nak amekkan?" ha itu dia antara soalan2 yg akan ditanya kpd kita. Kalau tak tanya dpn2, kompem dorg akan mengumpat belakang kan? 

Tapi soal hati dan jodoh ni mana kita boleh nak sekat2 kan? kalau boleh kita try la elakkan dr buat semua ni. Actually persahabatan tu lg penting dr semua ni. Kalau lelaki tu boleh buat kwn baik kita sendiri mcm tu...tak mustahil lah one day bila dia dah couple dgn kita, dia akan buat benda yg sama...bukan Yana nak takut2kan korg. Tapi inilah lumrah kehidupan yg kita kena hadapinya.

"What goes around comes around"

Tergamakkah korg nak buat teman baik korg sendiri mcm ni? Bagi Yana, Yana akan try elakkan dr semua ni berlaku. Bagi Yana persahabatan itu lagi penting. Tapi mcm mana plak kalau teman baik kita sendiri yg mengkhianati kita? 

Ada juga teman baik kita yg cuba rampas kekasih kita dgn cara mereka sendiri kan? Ala manusia ni kan byk ragamnya. Pokok pangkalnya hati si lelaki tu. Kalau betul dia ikhlas nak kat kita, dia takkan cari lain dah. Dia akan hargai kita mcm mana kita hargai dia. Tapi if lelaki tu cari lain, kita kena selidik diri  kita sendiri jugak. Manalah tau kot2 masalah tu berpunca dr kita sendiri kan? Cari apa kelemahan kita dan kalau boleh perbaiki hubungan tu, kita try beri peluang kpd diri masing2 utk berubah. Tak semestinya peluang pertama, kedua dan ketiga akan berjaya. Kadang peluang keempat itu itu yg akan berjaya. Sebab apa? sebab dah tiga kali peluang kita berikan namun masih timbul masalah, then kita akan fikir balik, sampai bila masalah ni nak berlarutan? Then time ni kita baru tersedar then amek keputusan utk betul2 berubah.

Berapa lama kita pernah couple dgn seseorg tu, belum tentu kita akan bahagia dgn dia kan? Orang cakap dah couple lama tentu kita dah faham hati masing2 then kompem takde masalah bila kawen nanti. Semua tu silap sebenarnya. Tempoh couple tu actually bukan faktor sesuatu hubungan tu boleh diselamatkan. Cuba tgk2 parents2 kita tu. Dulu2 dorg kawen dulu. Pas kawen baru bercinta. Kekal je sampai skrg kan?

Kalau betul2 kita sygkan seseorg tu, terima la segala kelemahan dia seadanya mcm mana dia terima diri kita ni. Manusia mana ada yg sempurna kan? Cukuplah kewujudan kita ni sebagai pelengkap kehidupan si dia. Korg kena fikir bahawasanya kat dunia ni semuanya adalah pinjaman semata2. Allah boleh tarik bila2 masa je nikmat ni kalau Dia nak. So cintailah Allah melebihi segala2nya kerana kita pasti takkan kehilangan Allah dlm hidup kita. Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Apabila kita menyintai manusia, mereka akan terima dan tinggalkan kita sesuka hati mereka je. Then di penghujungnya kita akan kecewa yg teramat2 sgt. 

Yana seorg perempuan yg kuat menangis. Yana pernah rasa mcm mana sakitnya dikcewakan, dikhianati dan mcm2 lg. Yana anggap semua tu pengalaman dlm hidup Yana yg paling mahal yg tak boleh beli dgn wang ringgit. Tapi semua tu mengajar Yana utk jadi lebih kuat dan tabah. Alhamdulillah skrg Yana lebih kuat berbanding dulu. Even kadang2 kenangan lama tu muncul blk, then Yana akan menangis :( tapi Yana try utk kuatkan balik semangat Yana ni. Dalam hati kita ni takde sape pun yg tau kalau kita tak bercerita. Bagi Yana dgn menangis akan buat Yana lebih lega. 

Sekarang Yana lebih cintakan Allah berbanding cintakan manusia. Sebab Yana tau Allah takkan tinggalkan Yana. Yana juga menyintai seorg lelaki yg kini dah pun jadi tunang Yana. Dan Yana harap Yana akan sentiasa lebih cintakan Allah berbanding dia. 


Monday, May 16, 2011

11 days to go!!!


Pertama sekali..aku nak ucap syukur ke hadrat Illahi kerana atas limpahan rahmat dan keredhaanNya, akhirnya impian aku nak ada segulung ijazah akan tercapai tak lama lagi...kini hanya tinggal 11 hari je lg...bestnya!!!!...pasni aku nak keje, nak kumpul duit byk2...then nak jadi isteri kpd insan tercinta...insyaAllah...semoga Allah permudahkan segalanya...amin...


Sunday, May 15, 2011

Yes it is the great SUNDAY


:: KLCC ::

:: 15 May 2011 ::

:: Aktiviti ::

(1) Makan2 (bekpas + lunch)


nasi ayam 
= 1 for him =
= 1 for her =

(2) Layan Fast 5


(3) Mkn ice-cream (my fav ice-cream sejak dulu till now - sidia sudah tau, tanpa suruh pun sidia akan belikan jugak...thanks syg)


(4) Layan Kongsi (actually sidia dah tgk cter ni ngan kwn2 mlm tu, tp sebab sy nak tgk, sidia dgn rela hati nak temankan :p)


(5) Makan popcorn + air sarsi

- takde gambar sebab tak sempat nak snap -

(6) amek gambar sampai lebam kat taman KLCC (tak upload semua pon sebab byk sgt - perasan jadi model reject jap..heheh)


.: pakai kasut versus tak pakai kasut :.


.: main air time :. 
.: toleh menoleh :.


.: senget kepala time :p :.


.: ceria time :. 
.: sarat barat time :.


.: duduk ceria :. 
.: sexy back la sgt :.


.: muka blur2 :.


:: Cuaca ::

Agak mendung tapi tak hujan

= eNd =

Friday, April 29, 2011

Annual Dinner

:: 29 April 2011 ::
:: Royal Chulan Hotel ::
:: Evolution Night ::







Thursday, April 28, 2011

Befday my ABAH


{gambar cilok dr tenet..nanti br update gambar kek k..hehe}


Yeahhh...arini 27 April 2011

Maka genapla umur abah ku 56 tahun

Alhamdulillah umurnya masih panjang dan bernafas sehingga saat ini...nanti nana beliakan abah hadiah k...

Thanks sebab jaga kami adik beradik dan besarkan kami sehingga kami dah jadi someone skrg ni...alhamdulillah....

:: LoVe u Abah ::


Wednesday, April 27, 2011

Sungai Chilling.ENT Dept (10th July 2010)



Tadi dok belek2 album FB ester..tetiba ternampakla plak album ni kan..so Yana pon apa lg..mencurik gambar dgn kebenaran la...saje je nak share kat cni...sebab teringat time2 blaja dulu2..mmg sgt2 best..rindu sgt2 time ni..skrg sume ngah buat praktikal n ada yg dah keje dah pon...

Jom la layan gambar2 kat bawah ni...time ni ktgr ngah weng2 lg...hahaha

Skrg?..skeg pon weng gak...tp kureng weng la..hahahaha


:: Yeah dah sampai..muka excited ni nak mandi sungai...hehehe...ktrg kena angkat hamper dulu bawa masuk dlm hutan ni... ::

:: Izi & Ester ::

:: Posing dulu..br sampai ni kena nikmati puas2 dulu suasana kat cni...kalau tak rugi je dtg cni kalau tak amek gambar puas2..heheh ::

:: with our EMT Lecturer, Puan Nurul ::

:: Time ni br pas tukar seluar..nak g mendaki bukit2 ni..hehe...motif gambar ni nak gtau yg kami sygkan pokok ni sgt2 tau! ::

:: setelah penat mendaki, ktrg diberi  mkn..best mkn kat tepi sungai ni..air yg sejuk..mmg sgt2 best ::

:: with puan Nurul again ::

:: Dah abes mkn, ni la keje ktrg..posing all the time..hehe ::

:: Model Reject MSU..heheh ::

:: Ester selaku Menteri Pemalu...hahaha ::

:: Yeahhh kami mmg suka berposing ::

:: Ok kita amek view dr atas plak k ::

:: Bertiga -Izi-Ester-Nana ::

:: POsing Agian ::

:: Again... ::

:: N again... ::

:: N again N again... ::

:: Wajah ntah pape dr kami...hahah..tp ester plg ceria la..keh3 ::

:: Time ni nak blk dah...posing2 dulu.. ::


... byk la lagi gambar kami yg asenya kalau upload mmg penuh la blog ni wajah kami je..hehehe

sekian dulu utk entry kali ni ye...

bye

Tanda-tanda Lelaki Merajuk



Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.


Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )


Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)


Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!


Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!


Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!


Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...