Blogger Layouts

Tuesday, November 29, 2011

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wednesday, November 16, 2011

Hepy befday Hubby!

17 Nov 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke 27 tahun syg
Semoga Allah panjangkan umur syg dan juga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah hendaknya...
Semoga semakin bertambah amal dan semakin beriman kepada Allah swt
Semoga dapat menjadi seorg suami yg soleh yg dpt membimbing ayg menuju ke jalan yg diredhai Allah swt
Semoga dapat menjadi ketua keluarga yg adil dan berjaya
Semoga dapat menjadi anak dan menantu yang soleh, baik serta bertanggungjawab kepada keluarga hubby dan umi...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mohd Padli Jaafar
Allah selamatkan kamu
...





With lots of love

Ur Wife (€€:

Friday, November 11, 2011

Budin & Tompok

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. 

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam. 

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. 

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. 

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin. 

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza. 

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan. 

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. 

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja. 

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. 
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan. 
Budin: Panggil dia jap! herdik Budin dengan nada yang tinggi. 
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi. 
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.

Thursday, November 10, 2011

Hukum Lelaki Memakai Inai

Hukum lelaki memakai inai adalah haram melainkan memakai kerana sebab untuk perubatan. Ini dijelaskan oleh Ustaz Ismail Kamus semasa memberi ceramah semasa saya di Mekah melakukan umrah.

p/s: Soalan ini ditanya oleh seorang hamba Allah, jawapan dari Majlis Ugama Islam Singapura.

Soalan:- Apakah hukum bagi seorang lelaki memakai inai di jarinya

Jawapan:- Hukum memakai inai sebagai tanda perkahwinan adalah haram bagi pengantin lelaki tetapi harus hukumnya bagi pengantin perempuan

Hukum Memotong Kuku Ketika Haid


Sebagai seorang wanita muslimah, pelbagai perkara sentiasa diambilkira dalam memperlengkapkan diri sebagai muslimah sejati. Antara perkara yang paling titikberatkan ialah mengenai kebersihan. Kebersihan merupakan salah satu daripada cabang iman. Islam itu sendiri pada dasarnya suka pada keindahan. Bagi aspek kebersihan, wanita sentiasa mengalami masalah dalam beberapa perkara mengenai penjagaan kebersihan diri. Hal ini kerana, wanita terlalu unik penciptaannya :) Di sini, saya cuma ingin menyingkap mengenai salah satu kemusykilan dan sama-samalah kita berkongsi ilmu :


Apakah hukum memotong kuku dan rambut ketika haid? Apakah dalil-dalilnya?

Dibawah merupakan jawapan yang saya ambil menerusi laman www.zaharuddin.net. Sekadar perkongsian ilmu dan saling ingat mengingati, InsyaAllah.

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) . Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah. 

Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Tuesday, November 8, 2011

♥ Nikah Ceremony ♥

jom tgk video ni kejap

thanks to hubby sbb berjaya hasilkan video ni :)



Friday, November 4, 2011

Cukur Bulu Kemaluan

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .

Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:
"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 
Jawab Iblis:
"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata:
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluh. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Wallahualam .

Haram Mencukur Bulu Kening







Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, 

"Allah SWT mengutuk para wanita yang mencukur dan membentuk bulu keningnya dan para wanita yang meminta untuk dicukur dan dibentuk bulu keningnya untuk mencantikkan dirinya yang merupakan perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT."

Larangan ini disebutkan dalam hadis daripada Ibn Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Allah SWT mengutuk perempuan-perempuan yang mentatu dan mereka yang minta ditatu, perempuan yang mencukur alis dan mereka yang minta dicukur alis, perempuan yang mengasah gigi agar lebih indah dan yang mengubah ciptaan Allah' 

Cukur, cabut atau membentuk kening menjadi trend yang terhangat di masa sekarang. Tak kira remaja atau dewasa pun lakukan untuk kelihatan lebih menawanlah kononnya. Ada yang di trim setipis-tipisnya, dibentukkan hingga melentik sangat-sangat dan malah ada yang dicukur sampai botak licin. Disapu warna hitam dengan pensil make-up. Atau sama ada dia sengaja atau dia tercukur. 

Bagi yang nak naik pelamin pula, dengan dibentukkan kening dipercayai dapat menaikkan seri pengantin dan sekaligus kelihatan kemas bila disolekkan. Bergantunglah pada kepakaran mak andam tersebut. Si suami kadang-kadang memberi kebenaran yang salah kepada pasangannya. maka timbullah saranan agar mencukur atau membentuk keningnya supaya kelihatan lebih cantik dan lebih anggunlah. Sayang punya pasal cukur pun cukurlah. Tapi kebanyakkannya memang kehendak si wanita itu sendiri.

Walau apapun alasan yang diberikan, cukur kening tidak dibolehkan sama sekali dan hukumnya adalah tetap haram. Walau bagaimana pun dalam Islam terdapat pengecualian untuk kes-kes yang boleh mendatangkan mudarat seperti bulu kening terlalu lebat hingga menghalangkan pandangan semasa memandu yang boleh mengundangkan kemalangan. Maka ia dibolehkan tapi masih juga tidak boleh berlebihan dari masyarakat kebanyakkan..
Dalam keghairah berhias untuk kelihatan cantik menawan, jangan dilupakan akan batasan yang perlu diberikan perhatian dan jangan sesekali kita berani melanggar akan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Wassalam.

Wednesday, November 2, 2011

30 Oktober 2011


Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah...akhirnya doaku dimakbulkan olehmu...aku kini menjadi isteri kepada lelaki yg sgt2 aku syg selain family ku...Alhamdulillah...semoga ikatan ini akan membawa ke syurga...insyaAllah, Amin...