Blogger Layouts

Saturday, May 21, 2011

Dan bila esok....



Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Friday, May 20, 2011

Mengetahui Isyarat Memilih Jodoh Solat Istikharah


Soalan: 

Di sini saya mempunyai kemusykilan tentang sembahyang istikharah. Kebanyakan buku-buku agama yang saya baca mengatakan setelah melakukan sembahyang tersebut dan di mana rasa berat hati dalam memilih suatu keputusan itu, maka keputusan itulah yang sepatutnya diikuti. Tetapi ustaz, masalahnya rasa berat hati kita itu, kita tidak tahu sama ada ianya adalah mengikut petunjuk Allah ataupun mengikut nafsu diri sendiri. Dengan itu, ada saya menemui satu buku yang mengatakan petunjuk itu boleh diperolehi dalam mimpi. Caranya ialah sesudah kita melakukan solat istikharah tersebut, kita tidur dengan pakaian yang bersih dan berwuduk dan jangan memikirkan perkara lain selain daripada apa yang dihajatkan. Insya-Allah petunjuk itu akan diperolehi dalam mimpi.
Jika benar kita bermimpi semasa tidur itu, maka adakah sahih petunjuk itu atau adakah mimpi itu juga boleh dikatakan datang dari nafsu kita sendiri? Ini adalah kerana setahu saya mimpi orang biasa seperti saya ini tidak benar-benar boleh dipercayai. Mungkin ia datang daripada syaitan. Petunjuk yang ingin saya perolehi adalah tentang adakah teman lelaki yang saya dampingi kini adalah benar-benar calon suami saya. Ada rakan saya (lelaki) yang pernah mendapat petunjuk dalam mimpi tentang perkara yang sama. Katanya dia nampak wajah teman wanitanya dalam mimpinya itu. Dengan itu, dia yakin petunjuk itu adalah dari Allah. Adakah petunjuk itu boleh diterima pakai? Oleh sebab itulah saya mengemukakan soalan ini, adakah relevan suatu petunjuk itu diperolehi melalui mimpi?
Nur, Selangor
Jawapan: 

Solat Istikharah selain daripada untuk menetapkan suatu pilihan yang kita ragui ia juga digalakkan untuk orang yang bimbang memilih jodohnya. Diriwayatkan oleh ahmad dan abu Ayyub al Anshari bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sembunyikanlah pinanganmu, kemudian berwudhuklah dan perbaikilah wudhukmu, kemudian lakukanlah solat seberapa yang ditetapkan oleh Allah (maksudnya seberapa yang dikehendaki). Sesudah itu pujilah Allah, kemudian ucapkanlah: "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si fulan/fulanah (sebutkan nama lelaki atau perempuan yang dimaksudkan) baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku,untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku".
Sesungguhnya solat istikharah adalah merupakan suatu pernyataan yang tulus bagi setiap peribadi mukmin, bahawa melalui solat tersebut mereka meniadakan kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan urusannya sepenuhnya kepada Allah SWT. Jika kita telah melakukan solat istikharah dengan akidah dan jiwa yang bersih, maka insya Allah  kenderungan hati dan petunjuk daripadaNya akan datang. Tidak kiralah apakah sedang mengerjakan solat ataupun kecenderungan suasana hati kepada salah satu pilihan dan boleh juga melalui mimpi jika tidur kita disertai wuduk dan doa. Setelah menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, hilangkan perasaan was-was dan ragu-ragu agar keputusan yang terbaik itu memang merupakan kebenaran dan bukan kerana hawa nafsu.

Berbual dengan Bukan Mahram Melalui Telefon


Soalan:
Seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram menjalin hubungan dengan sering berhubung melalui telefon. Mereka berbual mesra tentang kehidupan seharian, perasaan hati masing-masing, ataupun hanya berbual kosong kerana seronok dapat berbual mesra antara satu sama lain. Apakah pendapat ustaz tentang perkara ini? Apakah hukumnya?
Marina, Ipoh
Jawapan: 
Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya di tempat yang sunyi kerana perbuatan ini dilarang keras oleh Islam. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad menjelaskan larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiganya adalah syaitan. Setiap orang Islam wajib mematuhi larangan ini dan jangan cuba sekali-kali melanggarnya, kerana ia melibatkan hukum-hukum Allah.
Al-Quran menjelaskan dalam surah Al-Maidah orang yang melanggar hukum Allah tidak sunyi dari 3 kumpuilan manusia iaitu samada termasuk ke dalam golongan orang yang fasik, atau zalim ataupun kafir.Termasuk ke dalam ertikata berkhalwat yang dilarang oleh Islam ialah berbual di dalam telefon dengan perempuan yang bukan mahram, sambil menyatakan perasaan hati masing-masing tanpa tujuan yang syar'i, kerana ia menjadi jalan ke arah khalwat dan khalwat menjadi jalan ke arah perzinaan. Setiap yang menjadi jalan ke arah itu hendaklah ditutup berdasarkan kaedah feqah "menutup pintu fitnah atau Saddul Az-Zara'i itu wajib".
Satu kaedah lain menjelaskan "Sesuatu yang boleh membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram". Sehubungan dengan itu seseorang lelaki Islam hendaklah menjauhkan perkara ini untuk mendapatkan keselamatan diri. Jika ia bertanya perempuan berkenaan tentang tarikh penetapan perkahwinan, beberapa ramai yang hendak datang meminang, hari apa-apa majlis itu hendak diadakan dan lain-lain yang ada hubungan dengan urusan perkahwinan, dan masanya pula tidak lama, tanpa pula ada kata-kata yang mengghairahkan, maka hukumnya adalah harus. Bagaimanapun sebaiknya pihak lelaki hendaklah bertemu terus dengan pihak keluarga perempuan untuk menguruskan perkara itu, kerana ia lebih selamat dari fitnah.Wallau A'lam.

Solat Istikharah...



Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
 

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun  pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.


Doa Solat Istikharah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Thursday, May 19, 2011

Pabila aku kecewa lagi....


Manusia hidup kat atas muka bumi Allah ni tak selamanya akan bahagia...pasti Allah akan uji dgn ujian utk menduga sejauh mana kita mampu harunginya. Nikmatnya bahagia itu hanya sementara. Oleh itu hargailah apa yg kita ada sebaik2nya...


(1) Putus Cinta?

- cinta kpd Allah itu lebih utama dan perlu berbanding kita cintakan lelaki.
- lelaki akan dtg dan pergi begitu sahaja, namun Allah tak pernah tinggalkan kita.
- Allah sentiasa bersama kita dikala kita susah or senang.
- Allah sentiasa ada dlm hati kita.
- Allah sentisa ada bila kita perlukanNYA.
- Allah selalu mendengar rintihan, keluhan dan semuanya yg kita rungutkan.
- Allah lebih sygkan kita berbanding manusia sygkan kita.
- Pilihlah Allah dan utamakanlah Allah dalam semua perkara, insyaAllah kita pasti tidak akan kecewa.



(2) Putus Harapan

- kalau kita putus harapan, jgnla kita cepat buat tindakan yg pelik2 or bukan2. 
- Selalu kita dgr kalau org putus harap ni akan bunuh diri la minum racun la mcm2 la kan. 
- korg jgnla amek jalan singkat mcm ni. 
- berdosa tau sebagai umat islam kita buat mcm ni. 
- bukan agama Islam je, mana2 agama pun melarang penganutnya membunuh diri...


Apa yg perlu kita buat dan apa jalan penyelesainnya?


(1) dekatkan diri dgn Allah 
(2) perbanyakkan solat sunat taubat contohnya ataupun solat2 sunat lain.
(3) perbanyakkan membaca Al-Quran
(4) berzikir dan bermunajat
(5) isi masa lapang dgn mengingati Allah


Jom sama2 kita praktikal semua ni. Ingatlah bahawa manusia ni hanyalah pinjaman yg Allah berikan kpd kita. Allah berhak mengambil semula semua itu kalau Dia berkehendakkan. So kalau kita sygkan seseorg tu biarlah berpada2. Jgn terlampau syg dan serahkan semuanya kpd pasangan kita. 

Selagi lelaki itu blom sah jadi suami kita, jagalah mahkota kita sebaiknya. Seorg lelaki yg baik tidak akan minta pasangannya memberi apa yg tidak sepatutnya diberikan. Lelaki yg kononnya nak kita buktikan yg kalau kita sygkan dia dgn serahkan mahkota kita ni penipu je sebenarnya. 

Percayala kalau lelaki mcm ni, habis madu sepah dibuang. So jgn terjebak k. Ni semua nasihat dan peringaatan utk diri sy dan juga diri pembaca semua. 

.: eNd :.

Kembalikan senyuman itu kepadaku....



•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya 

•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu. Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu. Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu


•Yang indah hanya sementara


•Yang abadi adalah kenangan


•Yang ikhlas hanya dari hati


•Yang tulus hanya dari sanubari


•Tidak mudah mencari yang telah hilang


•Tidak mudah mengejar impian


•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada


•Karena walaupun digenggam terlepas juga


•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini" 


•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif


•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas


•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki


•Apalagi yang mahu diperebutkan


•Apalagi yang mahu disombongkan


•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani


•Jangan terlalu berhitung


•Jangan hanya mahu menang sendiri


•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita


•Belajarlah tiada hari tanpa kasih


•Selalu berlapang dada dan mengalah


•Hidup sentiasa ceria dan bebas


•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan


•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan


•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan  


.: eNd :.

Cemburukah Aku?


Cemburukah aku bila sidia menyebut nama gadis lain tiba2 ada perasaan semacam tak best je dlm hati aku ni? Tapi itulah hakikatnya. Mungkin kerana kenangan silam, terbawa2 sehingga sekarang. Terus mood ilang. Terus hati ase semacam sedikit terguris. Perlukah aku mcm ni even aku tau takde pape pun yg berlaku sebenarnya. Mereka hanyala kawan sekolah. Tapi aku tak mampu nak tipu perasaan aku. Sebab aku mmg cemburu....Ye aku mmg kuat cemburu. Aku taknak perkara lama berulang kembali. Aku dah tak larat nak hadapi sume tu lagi.

 
mana 1 yg anda mahukan? sy nak hati yg tenang tanpa sebarang keretakan 


.: eNd :.

Makan Coklat

Arini 19 May 2011 bersamaan ari Khamis. Dok opis tanpa buat pape. Dah jadi mcm apa je ni. Explore sana. Explore cni. Report tak siap2 lagi. Sebab apa? Blom ada idea nak buat. Daily Report dah setel setakat ni. Takde masalah. So bukak blog ni, nak type apa yg best. Yana baru je pas mkn coklat. Sedap gak perisa apa ntah. Main telan je. 


.: eNd :.

Wednesday, May 18, 2011

Ramalan Cuaca - Kuala Lumpur

Disebabkan oleh kerana arini aku takde keje kat opis dan aku dah jadi bosan tahap apa dah ni, maka wujud lah entry ni. Jom kita tgk ramalan cuaca bg Kuala Lumpur selama 7 hari. Nampaknya ramalan cuaca kata ptg ni akan hujan, tp cuaca kat cni ok lg ni. Jgnla hujan ye, sy lupa bawa payung td. :(
Kuala Lumpur
Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kuala Lumpur















sumber : Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)

Kekasihku Ex-boyfren teman baikku...


Salam semua. Tajuk post Yana arini actually langsung takde kena mengena ngan Yana. Tapi Yana tetiba terfikirkan pasal ni. Inilah yg berlaku dlm dunia realiti kita sekarang ni. Kekasih teman baikku kini menjadi kekasih hatiku...mcm mana agak2nya la kan kita nak berdepan dgn teman baik kita bila semua ni terjadi? Yana takde pengalaman tentang semua ni. Tapi apa yg pasti, mesti akan timbul satu perasaan yg kurang senang di antara kita dan teman baik kita tu kan? Even teman baik kita dah putus dgn kekasih dia yg mana skrg kekasih dia dah pun menjadi kekasih kita...apa perasaan korg bila semua ni berlaku? Bagi pendapat Yana, mcm tak elok la plak kan? Seolah2 kita mengkhianati persahabatan kita. Then mesti ada suara2 sinis yg menegur "Mcm takde jantan lain ke ko nak jadikan pakwe? ex-bf si ___ ni jugak ko nak amekkan?" ha itu dia antara soalan2 yg akan ditanya kpd kita. Kalau tak tanya dpn2, kompem dorg akan mengumpat belakang kan? 

Tapi soal hati dan jodoh ni mana kita boleh nak sekat2 kan? kalau boleh kita try la elakkan dr buat semua ni. Actually persahabatan tu lg penting dr semua ni. Kalau lelaki tu boleh buat kwn baik kita sendiri mcm tu...tak mustahil lah one day bila dia dah couple dgn kita, dia akan buat benda yg sama...bukan Yana nak takut2kan korg. Tapi inilah lumrah kehidupan yg kita kena hadapinya.

"What goes around comes around"

Tergamakkah korg nak buat teman baik korg sendiri mcm ni? Bagi Yana, Yana akan try elakkan dr semua ni berlaku. Bagi Yana persahabatan itu lagi penting. Tapi mcm mana plak kalau teman baik kita sendiri yg mengkhianati kita? 

Ada juga teman baik kita yg cuba rampas kekasih kita dgn cara mereka sendiri kan? Ala manusia ni kan byk ragamnya. Pokok pangkalnya hati si lelaki tu. Kalau betul dia ikhlas nak kat kita, dia takkan cari lain dah. Dia akan hargai kita mcm mana kita hargai dia. Tapi if lelaki tu cari lain, kita kena selidik diri  kita sendiri jugak. Manalah tau kot2 masalah tu berpunca dr kita sendiri kan? Cari apa kelemahan kita dan kalau boleh perbaiki hubungan tu, kita try beri peluang kpd diri masing2 utk berubah. Tak semestinya peluang pertama, kedua dan ketiga akan berjaya. Kadang peluang keempat itu itu yg akan berjaya. Sebab apa? sebab dah tiga kali peluang kita berikan namun masih timbul masalah, then kita akan fikir balik, sampai bila masalah ni nak berlarutan? Then time ni kita baru tersedar then amek keputusan utk betul2 berubah.

Berapa lama kita pernah couple dgn seseorg tu, belum tentu kita akan bahagia dgn dia kan? Orang cakap dah couple lama tentu kita dah faham hati masing2 then kompem takde masalah bila kawen nanti. Semua tu silap sebenarnya. Tempoh couple tu actually bukan faktor sesuatu hubungan tu boleh diselamatkan. Cuba tgk2 parents2 kita tu. Dulu2 dorg kawen dulu. Pas kawen baru bercinta. Kekal je sampai skrg kan?

Kalau betul2 kita sygkan seseorg tu, terima la segala kelemahan dia seadanya mcm mana dia terima diri kita ni. Manusia mana ada yg sempurna kan? Cukuplah kewujudan kita ni sebagai pelengkap kehidupan si dia. Korg kena fikir bahawasanya kat dunia ni semuanya adalah pinjaman semata2. Allah boleh tarik bila2 masa je nikmat ni kalau Dia nak. So cintailah Allah melebihi segala2nya kerana kita pasti takkan kehilangan Allah dlm hidup kita. Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Apabila kita menyintai manusia, mereka akan terima dan tinggalkan kita sesuka hati mereka je. Then di penghujungnya kita akan kecewa yg teramat2 sgt. 

Yana seorg perempuan yg kuat menangis. Yana pernah rasa mcm mana sakitnya dikcewakan, dikhianati dan mcm2 lg. Yana anggap semua tu pengalaman dlm hidup Yana yg paling mahal yg tak boleh beli dgn wang ringgit. Tapi semua tu mengajar Yana utk jadi lebih kuat dan tabah. Alhamdulillah skrg Yana lebih kuat berbanding dulu. Even kadang2 kenangan lama tu muncul blk, then Yana akan menangis :( tapi Yana try utk kuatkan balik semangat Yana ni. Dalam hati kita ni takde sape pun yg tau kalau kita tak bercerita. Bagi Yana dgn menangis akan buat Yana lebih lega. 

Sekarang Yana lebih cintakan Allah berbanding cintakan manusia. Sebab Yana tau Allah takkan tinggalkan Yana. Yana juga menyintai seorg lelaki yg kini dah pun jadi tunang Yana. Dan Yana harap Yana akan sentiasa lebih cintakan Allah berbanding dia. 


Monday, May 16, 2011

11 days to go!!!


Pertama sekali..aku nak ucap syukur ke hadrat Illahi kerana atas limpahan rahmat dan keredhaanNya, akhirnya impian aku nak ada segulung ijazah akan tercapai tak lama lagi...kini hanya tinggal 11 hari je lg...bestnya!!!!...pasni aku nak keje, nak kumpul duit byk2...then nak jadi isteri kpd insan tercinta...insyaAllah...semoga Allah permudahkan segalanya...amin...


Sunday, May 15, 2011

Yes it is the great SUNDAY


:: KLCC ::

:: 15 May 2011 ::

:: Aktiviti ::

(1) Makan2 (bekpas + lunch)


nasi ayam 
= 1 for him =
= 1 for her =

(2) Layan Fast 5


(3) Mkn ice-cream (my fav ice-cream sejak dulu till now - sidia sudah tau, tanpa suruh pun sidia akan belikan jugak...thanks syg)


(4) Layan Kongsi (actually sidia dah tgk cter ni ngan kwn2 mlm tu, tp sebab sy nak tgk, sidia dgn rela hati nak temankan :p)


(5) Makan popcorn + air sarsi

- takde gambar sebab tak sempat nak snap -

(6) amek gambar sampai lebam kat taman KLCC (tak upload semua pon sebab byk sgt - perasan jadi model reject jap..heheh)


.: pakai kasut versus tak pakai kasut :.


.: main air time :. 
.: toleh menoleh :.


.: senget kepala time :p :.


.: ceria time :. 
.: sarat barat time :.


.: duduk ceria :. 
.: sexy back la sgt :.


.: muka blur2 :.


:: Cuaca ::

Agak mendung tapi tak hujan

= eNd =