Blogger Layouts

Friday, May 20, 2011

Berbual dengan Bukan Mahram Melalui Telefon


Soalan:
Seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram menjalin hubungan dengan sering berhubung melalui telefon. Mereka berbual mesra tentang kehidupan seharian, perasaan hati masing-masing, ataupun hanya berbual kosong kerana seronok dapat berbual mesra antara satu sama lain. Apakah pendapat ustaz tentang perkara ini? Apakah hukumnya?
Marina, Ipoh
Jawapan: 
Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya di tempat yang sunyi kerana perbuatan ini dilarang keras oleh Islam. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad menjelaskan larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiganya adalah syaitan. Setiap orang Islam wajib mematuhi larangan ini dan jangan cuba sekali-kali melanggarnya, kerana ia melibatkan hukum-hukum Allah.
Al-Quran menjelaskan dalam surah Al-Maidah orang yang melanggar hukum Allah tidak sunyi dari 3 kumpuilan manusia iaitu samada termasuk ke dalam golongan orang yang fasik, atau zalim ataupun kafir.Termasuk ke dalam ertikata berkhalwat yang dilarang oleh Islam ialah berbual di dalam telefon dengan perempuan yang bukan mahram, sambil menyatakan perasaan hati masing-masing tanpa tujuan yang syar'i, kerana ia menjadi jalan ke arah khalwat dan khalwat menjadi jalan ke arah perzinaan. Setiap yang menjadi jalan ke arah itu hendaklah ditutup berdasarkan kaedah feqah "menutup pintu fitnah atau Saddul Az-Zara'i itu wajib".
Satu kaedah lain menjelaskan "Sesuatu yang boleh membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram". Sehubungan dengan itu seseorang lelaki Islam hendaklah menjauhkan perkara ini untuk mendapatkan keselamatan diri. Jika ia bertanya perempuan berkenaan tentang tarikh penetapan perkahwinan, beberapa ramai yang hendak datang meminang, hari apa-apa majlis itu hendak diadakan dan lain-lain yang ada hubungan dengan urusan perkahwinan, dan masanya pula tidak lama, tanpa pula ada kata-kata yang mengghairahkan, maka hukumnya adalah harus. Bagaimanapun sebaiknya pihak lelaki hendaklah bertemu terus dengan pihak keluarga perempuan untuk menguruskan perkara itu, kerana ia lebih selamat dari fitnah.Wallau A'lam.

No comments:

Post a Comment