Blogger Layouts

Thursday, November 8, 2012

cara mandikan baby



1. Pastikan ibu atau bapa menyediakan perkakas mandi selengkapnya agar mudah dicapai ketika memandikan bayi.

2. Bayi yg br lahir (di bwh usia 10 mgu) mudah menjd sejuk (hipotermia). justeru elakkan bayi drpd terdedah kpd keadaan sejuk krn ia bole menjejaskan kesihatan bayi scr keseluruhan.

3. Pastikan lantai kering dan ketika memandikan bayi ibu atau bapa sebaik2nya dlm posisi ddk drpd berdiri.

4. Paras air di dlm bekas bayi sebaik2nya setinggi 8cm, ~paras ats dada bayi.

5. Isi air sejuk dulu dlm besen kemudian br msk kan air panas utk mengelakkan kemalangan akibat kecuaian.

6. Tentukan suhu air dgn cara menguji dgn siku atau tapak tgn.

7. Sebaiknya ibubapa menggunakan pembersih bdn dan rambut top-to-toe agar mata bayi tidak pedih apabila terkena percikan air bersabun.

8. Slps menanggalkan pakaian bayi segera balut bdn nya dgn tuala.

9. Jgn terus merendam bayi dlm besen mandi. perkara pertama yg perlu dilakukan ialah bersihkan mata, muka serta leher bayi menggunakan kapas. pastikan bhgn leher & kelengkang bayi dicuci dgn betul krn bhgn tersebut mudah dijangkiti kulat.

10. Dlm keadaan masih berbalut tuala, syampu rambut nya bilas & terus keringkan dgn tuala, ini penting krn suhu kepala yg menjdkan seluruh tubuh bayi sejuk.

11. Bayi mmg tdk boleh mengawal otot leher jd sokongan tgn diblkg leher bayi adalah amat penting sementara sblh tgn lg membersihkan bayi.

12. Apabila selesai mandi, keluarkan bayi dr air dr bhgn kepala dan bahu dahulu, satu tgn ibu menyokong di bhgn punggung & terus ke tuala & balut.

Tips keselamatan memandikan bayi yg berusia 6bln ke ats:
* Jgn tinggal bayi bersendirian dlm tab walaupun utk sesaat.
* Jgn beri bayi pegang paip air, sebaiknya jauhkan tab mandi dr kepala paip.
* Gunakan lapik khas dlm tab mandi agar tidak mudah tergelincir & jatuh.
* Ada kes bayi besar lemas dlm air setinggi 6cm shj, yg penting jaga keselamatn ketika memandikan bayi.


Surah amalan ketika mengandung





Amalkan Bacaan Surah (Al-Quran) Ketika Mengandung


[1] Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.

[2] Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

[3] Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

[4] Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.


[5] Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

[6] Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

[7] Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

[8] Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.



Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:



“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)




Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;



■ Mengamalkan solat wajib dan sunat
■ Mengamalkan zikir
■ Membaca al-Quran
■ Mendengar muzik yang tenang
■ Membaca buku-buku ilmiah
■ Berbual dengan anak dalam kandungan
■ Menjaga adab dan emosi
■ Tidak tertekan atau stress
■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar




IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ;



Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran



Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut



Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak



Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah



Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat



Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak



Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan

Perkembangan baby




Minggu pertama -
8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.


Minggu ke-2 -
Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.


Minggu ke-3 -
Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.


Minggu ke-4 -
Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).


Minggu ke-5 -
Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.


Minggu ke-6 -
Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.


Minggu ke-7 -
Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.


Minggu ke-8 -
Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Minggu ke-9 -
Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).


Minggu ke-10 -
Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.


Minggu ke-11 -
Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Minggu ke-12 -
Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.


Minggu ke-13 -
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.
( Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari)


Minggu ke-14 -
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. 
( Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)


Minggu ke-15 -
Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. 
( Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.)


Minggu ke-16 -
Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.


Minggu ke-17 -
Rambut, kening dan bulu mata bayi mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Bayi telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Ibu mungkin mengalami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing.
(isteri ~ Banyakkan minum air masak dan makan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau)


Minggu ke-18 -
Walaupun mata bayi masih lagi tertutup, bayi sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi dapat mendengar degupan jantung ibu pada masa ini. Bayi juga telah mula baring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.


Minggu ke-19 -
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi lahir kelak bayi tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
(isteri ~ Elakkan mengaru kulit perut dan amalkan penyapuan losyen)


Minggu ke-20 -
Pertumbuhan bayi pada saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit ibu mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj turut mula di rasai ibu. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Ibu akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain.
(isteri ~ Payu dara ibu akan menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair tersebut)


Minggu ke-21 ­-
Ibu akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar sentiasa sihat dan bertenaga amat penting.
(isteri ~ Elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang dan elakkan memakai kasut bertumit tinggi)


Minggu ke-22 -
Struktur gigi bayi mula berkembang. Pergerakan bayi juga menjadi semakin aktif.
(isteri ~ Berikan tindakbalas pada setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus dengan belaian penuh kasih sayang. Perdengarkan bayi dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi dengan mendekatkan perakam atau pemain cakera padat pada perut)


Minggu ke-23 -
Jari, tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Rambut ibu akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.


Minggu ke-24 -
Ibu akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan. Berat badan ibu bertambah secara normal. Kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah pada minggu ini. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya muka anda menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.


Minggu ke-25 / Minggu ke-26 -
Badan ibu akan sentiasa berpeluh dan berasa panas. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
(isteri ~ Minum banyak air dan basahkan tuala kecil lalu lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond). Pakai pakaian yang longgar untuk keselesaan)


Minggu ke-27 -
Bayi sudah mula pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu.
(isteri ~ Pakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik)


Minggu ke-28 -
Hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Ibu mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi.
(isteri ~ Elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan)


Minggu ke-29 -
Postur ibu kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan terutamanya di bahagian perut yang semakin memboyot. Kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak mata bayi juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
(isteri ~ Bakal ibu dan bapa digalakkan dengan lebih kerap mengalunkan surah Lukman (kebijaksanaan) dan surah Yusuf (kecantikkan) untuk dendangan bayi. Lagu2 rock dan heavy metal harap di elakkan sangat-sangat)


Minggu ke-30 -
Ibu perlu banyak berehat. Jika tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan tidur awal dan mendapat tidur yang selesa.
(isteri ~Tips tidur: Angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya untuk menggurangkan kebengkakan dan menambah keselesaan)


Minggu ke-31 -
Ibu akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perut. Manakala pada payu dara pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.


Minggu ke-32 -
Bayi mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, ibu tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.


Minggu ke-33 -
Bayi telah memiliki rupa paras yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap.
(isteri ~ Kerapkan rehat. Berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana ibu mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar)


Minggu ke-34 -
Kedudukan bayi betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.


Minggu ke-35 -
Ibu akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol.
(isteri ~ Lakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim)


Minggu ke-36 -
Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
(isteri ~ Bercuti dan enjoy your holiday with no work. Rest, rest and rest. Let job done by your husband)


Minggu ke-37 -
Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.


Minggu ke-38 -
Ibu merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing terjadi.
(isteri ~ Rajin-rajinkan diri ke tandas dan kerapkan minum air kelapa)


Minggu ke-39 - Saat hampir bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
(isteri ~ Boleh juga terus letakkan packing barang2 ibu dan bayi di dalam kereta)


Minggu ke-40 - Minggu terakhir dan ini adalah minggu yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian bakal ibu dan bapa kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
(isteri ~Bersabar dan ku doakan semuanya selamat. Amin…)