Blogger Layouts

Wednesday, May 18, 2011

Kekasihku Ex-boyfren teman baikku...


Salam semua. Tajuk post Yana arini actually langsung takde kena mengena ngan Yana. Tapi Yana tetiba terfikirkan pasal ni. Inilah yg berlaku dlm dunia realiti kita sekarang ni. Kekasih teman baikku kini menjadi kekasih hatiku...mcm mana agak2nya la kan kita nak berdepan dgn teman baik kita bila semua ni terjadi? Yana takde pengalaman tentang semua ni. Tapi apa yg pasti, mesti akan timbul satu perasaan yg kurang senang di antara kita dan teman baik kita tu kan? Even teman baik kita dah putus dgn kekasih dia yg mana skrg kekasih dia dah pun menjadi kekasih kita...apa perasaan korg bila semua ni berlaku? Bagi pendapat Yana, mcm tak elok la plak kan? Seolah2 kita mengkhianati persahabatan kita. Then mesti ada suara2 sinis yg menegur "Mcm takde jantan lain ke ko nak jadikan pakwe? ex-bf si ___ ni jugak ko nak amekkan?" ha itu dia antara soalan2 yg akan ditanya kpd kita. Kalau tak tanya dpn2, kompem dorg akan mengumpat belakang kan? 

Tapi soal hati dan jodoh ni mana kita boleh nak sekat2 kan? kalau boleh kita try la elakkan dr buat semua ni. Actually persahabatan tu lg penting dr semua ni. Kalau lelaki tu boleh buat kwn baik kita sendiri mcm tu...tak mustahil lah one day bila dia dah couple dgn kita, dia akan buat benda yg sama...bukan Yana nak takut2kan korg. Tapi inilah lumrah kehidupan yg kita kena hadapinya.

"What goes around comes around"

Tergamakkah korg nak buat teman baik korg sendiri mcm ni? Bagi Yana, Yana akan try elakkan dr semua ni berlaku. Bagi Yana persahabatan itu lagi penting. Tapi mcm mana plak kalau teman baik kita sendiri yg mengkhianati kita? 

Ada juga teman baik kita yg cuba rampas kekasih kita dgn cara mereka sendiri kan? Ala manusia ni kan byk ragamnya. Pokok pangkalnya hati si lelaki tu. Kalau betul dia ikhlas nak kat kita, dia takkan cari lain dah. Dia akan hargai kita mcm mana kita hargai dia. Tapi if lelaki tu cari lain, kita kena selidik diri  kita sendiri jugak. Manalah tau kot2 masalah tu berpunca dr kita sendiri kan? Cari apa kelemahan kita dan kalau boleh perbaiki hubungan tu, kita try beri peluang kpd diri masing2 utk berubah. Tak semestinya peluang pertama, kedua dan ketiga akan berjaya. Kadang peluang keempat itu itu yg akan berjaya. Sebab apa? sebab dah tiga kali peluang kita berikan namun masih timbul masalah, then kita akan fikir balik, sampai bila masalah ni nak berlarutan? Then time ni kita baru tersedar then amek keputusan utk betul2 berubah.

Berapa lama kita pernah couple dgn seseorg tu, belum tentu kita akan bahagia dgn dia kan? Orang cakap dah couple lama tentu kita dah faham hati masing2 then kompem takde masalah bila kawen nanti. Semua tu silap sebenarnya. Tempoh couple tu actually bukan faktor sesuatu hubungan tu boleh diselamatkan. Cuba tgk2 parents2 kita tu. Dulu2 dorg kawen dulu. Pas kawen baru bercinta. Kekal je sampai skrg kan?

Kalau betul2 kita sygkan seseorg tu, terima la segala kelemahan dia seadanya mcm mana dia terima diri kita ni. Manusia mana ada yg sempurna kan? Cukuplah kewujudan kita ni sebagai pelengkap kehidupan si dia. Korg kena fikir bahawasanya kat dunia ni semuanya adalah pinjaman semata2. Allah boleh tarik bila2 masa je nikmat ni kalau Dia nak. So cintailah Allah melebihi segala2nya kerana kita pasti takkan kehilangan Allah dlm hidup kita. Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Apabila kita menyintai manusia, mereka akan terima dan tinggalkan kita sesuka hati mereka je. Then di penghujungnya kita akan kecewa yg teramat2 sgt. 

Yana seorg perempuan yg kuat menangis. Yana pernah rasa mcm mana sakitnya dikcewakan, dikhianati dan mcm2 lg. Yana anggap semua tu pengalaman dlm hidup Yana yg paling mahal yg tak boleh beli dgn wang ringgit. Tapi semua tu mengajar Yana utk jadi lebih kuat dan tabah. Alhamdulillah skrg Yana lebih kuat berbanding dulu. Even kadang2 kenangan lama tu muncul blk, then Yana akan menangis :( tapi Yana try utk kuatkan balik semangat Yana ni. Dalam hati kita ni takde sape pun yg tau kalau kita tak bercerita. Bagi Yana dgn menangis akan buat Yana lebih lega. 

Sekarang Yana lebih cintakan Allah berbanding cintakan manusia. Sebab Yana tau Allah takkan tinggalkan Yana. Yana juga menyintai seorg lelaki yg kini dah pun jadi tunang Yana. Dan Yana harap Yana akan sentiasa lebih cintakan Allah berbanding dia. 


No comments:

Post a Comment