Blogger Layouts

Friday, November 4, 2011

Haram Mencukur Bulu Kening







Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, 

"Allah SWT mengutuk para wanita yang mencukur dan membentuk bulu keningnya dan para wanita yang meminta untuk dicukur dan dibentuk bulu keningnya untuk mencantikkan dirinya yang merupakan perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT."

Larangan ini disebutkan dalam hadis daripada Ibn Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Allah SWT mengutuk perempuan-perempuan yang mentatu dan mereka yang minta ditatu, perempuan yang mencukur alis dan mereka yang minta dicukur alis, perempuan yang mengasah gigi agar lebih indah dan yang mengubah ciptaan Allah' 

Cukur, cabut atau membentuk kening menjadi trend yang terhangat di masa sekarang. Tak kira remaja atau dewasa pun lakukan untuk kelihatan lebih menawanlah kononnya. Ada yang di trim setipis-tipisnya, dibentukkan hingga melentik sangat-sangat dan malah ada yang dicukur sampai botak licin. Disapu warna hitam dengan pensil make-up. Atau sama ada dia sengaja atau dia tercukur. 

Bagi yang nak naik pelamin pula, dengan dibentukkan kening dipercayai dapat menaikkan seri pengantin dan sekaligus kelihatan kemas bila disolekkan. Bergantunglah pada kepakaran mak andam tersebut. Si suami kadang-kadang memberi kebenaran yang salah kepada pasangannya. maka timbullah saranan agar mencukur atau membentuk keningnya supaya kelihatan lebih cantik dan lebih anggunlah. Sayang punya pasal cukur pun cukurlah. Tapi kebanyakkannya memang kehendak si wanita itu sendiri.

Walau apapun alasan yang diberikan, cukur kening tidak dibolehkan sama sekali dan hukumnya adalah tetap haram. Walau bagaimana pun dalam Islam terdapat pengecualian untuk kes-kes yang boleh mendatangkan mudarat seperti bulu kening terlalu lebat hingga menghalangkan pandangan semasa memandu yang boleh mengundangkan kemalangan. Maka ia dibolehkan tapi masih juga tidak boleh berlebihan dari masyarakat kebanyakkan..
Dalam keghairah berhias untuk kelihatan cantik menawan, jangan dilupakan akan batasan yang perlu diberikan perhatian dan jangan sesekali kita berani melanggar akan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Wassalam.

2 comments:

  1. kdng2 mak andam xtanye ape pun kat pngantin pmpuan...trus di cukur...

    rse nye makin buruk nmpak bla dicukur 2....almaklum la...mngubah ciptaan allah...allah dah bt elok2 di ubah2...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah masa sy nikah aritu, sy dah tanya siap2 kat mak andam..n mak andam sy mmg tak cukur kening tp menggunakan teknik utk menutup bulu kening yg berlebihan...dan hasilnya nampak mcm cukur..tp hakikatnya langsung tak buang pape pun...dan yg sy suka..mak andam sy tak guna bulu mata palsu pun...sbb apa? sbb ianya juga adalah haram...sama juga dgn rambut palsu...ianya tetap haram

    ReplyDelete