Blogger Layouts

Wednesday, January 18, 2012

Kebakaran @KL Sentral


KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi. Kejadian dipercayai berlaku di Tingkat 29 bangunan blok komersial dan pejabat berkenaan kira kira jam 3 pagi tadi.

:: Gambar pagi tadi around 7 am::


Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan, selain mengenal pasti punca sebenar kejadian. Belum dapat dipastikan ada kecederan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.53 pagi mengenai kebakaran bangunan di alamat 348 Sentral berhampiran Little India, Brickfields."Kebakaran bermula di tingkat 30 di bangunan 33 tingkat itu yang pembinaannya dijadual siap penghujung tahun ini," katanya. 

Katanya, sebanyak 10 jentera pemadan dengan 72 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.Polis turut berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas bagi memastikan tiada kesesakan berikutan penutupan beberapa jalan menuju ke KL Sentral dan Brickfields.


:: Gambar pagi tadi around 7 am::

:: Gambar pagi tadi around 7 am::

:: Gambar pagi tadi around 7 am::

:: Gambar pagi tadi around 4.30 am::

Asap hitam berkepul2 td..dari jauh dah leh nampak sbb bangunan tu tinggi...dah agak mesti ada kebakaran ni..tp xsure kat mana time tu...bila dah dkt area KL Sentral tu,asap makin jelas nampak berkepul2...pastu dgr kat Hot FM, mmg sah KL Sentral ada kebakaran..patutla jalan jem teruk tadi sbb jalan nak masuk sana tutup...huhuhu..

persoalan dcni:: mcm mana bangunan tu boleh terbakar ek? 

Jom layan video ni jap, mmg ngeri kan? Kebakaran tu stat around kol 3.30am, tp td time yana n suami lalu api masih marak lg..td kami lalu around kol 8am dah...dasyatnya...huhuhu....

video

No comments:

Post a Comment