Blogger Layouts

Sunday, April 24, 2011

WAJIB MANDI WILADAH SELEPAS LAHIRKAN ANAK


Kepada yang dah tahu, Alhamdullilah,
Kepada yang belum, Selamat membaca dan jadikan lah amalan,
dan semoga dapat memberitahu rakan dan taulan yg lain……

Salam… sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini
dimanfaatkan bersama..Insya- ALLLAH…

Memang betul kenyataan tentang ‘Mandi Wiladah’ itu..
kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month.

MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini….
tapi according to Uztazah ini , kita memang kena niat dalam hati mandi wajib itu adalah Mandi
Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.

Siapa-siapa yang lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH…
Nauzubillah’minzaliq…Wallahua’lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini ,
kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui.

Utk pengetahuan semua,
perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan
disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi…..

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini…..

Perkara penting yang most women ignored…to tell you the truth..
I’ve talked to several ladies…and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after
bersalin nie…bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar….
reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci…

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tidak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas
melahirkan anak.

Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.
Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak…
MasyaAllah.

Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang WAJIB diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan rasa semua orang tahu.
kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana
tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/bakal bapa dan para ibu/bakal ibu.

Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan
ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.


PERKARA WAJIB MANDI HADAS BESAR:


Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan :

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita keliru (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.

SELEPAS MELAHIRKAN ANAK SETIAP WANITA ISLAM WAJIB 2 MANDI:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar).
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:

‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.

Saya teringat orang tua-tua kita tidak beri orang dalam pantang itu mandi basahkan kepala,
takut masuk anginlah, sejuklah… saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang,
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan itu SEKALI saja setiap kelahiran.

katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu,
cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas…
kita tak suruh mandi dengan air sejuk.. cuma pastikan air itu tak menjadi air musta’mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tidak ambil remeh perkara ini!

Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik perempuan.
dan yang perempuan tu ingatkan lah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal ‘remeh’ walaupun ini sebenarnya tak remeh.
Mudahan dapat di amalkan bersama.

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment