Blogger Layouts

Friday, October 28, 2011

Marco Simoncelli dies after MotoGP crash in Sepang


KERANDA penunggang motosikal MotoGP Honda, mendiang Marco Simoncelli pada majlis pengebumian di sebuah gereja di Coriano, hari ini. Simoncelli terbunuh ketika perlumbaan berkenaan di Litar Sepang Ahad lalu apabila hilang kawalan motosikal dan dirempuh Colin Edwards dan Valentino Rossi. - Foto Reuters


SEPANG — Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.
Simoncelli berusia 24 tahun.



Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia. Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC. Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.


Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.


Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. — Bernama


No comments:

Post a Comment