Blogger Layouts

Wednesday, January 19, 2011

CINTA


Tahu tak, cinta sebenarnAya sama seperti
seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang,
awak nengok bas tu dan awak kata pada diri
awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan
tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu
berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok
bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk
sgt...mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu
berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang
seterusnya.Setelah beberapa ketika, datang lagi
sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan
tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas.
Lebih baik saya tunggu bas yg lain." 
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu
berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg
seterusnya.Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca
semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula
dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus
naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu
tak sebegitu sempurna. 
Dan kemudian barulah awak sedar
bahawa...awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama
ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak.Walaupun yg datang tu
adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt
pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah
jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk
awak? 
Jadik, (terutamanya golongan perempuan)
lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan
tu memang tak salah.Tapi, tak salah juga kalau
anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain,
kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai
dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan
loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya
pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.
Awak Nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg
awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi
pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura
buat tak Nampak awak dan terus berlalu tinggalkan
awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu
melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan
ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar
bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan
menyakiti diri awak sendiri.Jadi, bercinta tu
adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik
dan beri peluang pada bas tu... semuanya
terpulang pada diri awak.Dan bila awak berjalan,
awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik
kereta...heheheheheeee.....

No comments:

Post a Comment