Blogger Layouts

Wednesday, January 19, 2011

Nikah


Untuk kali kesembilan, hari ini, Munirah meneliti
senarai tetamu jemputan. Setiap nama diteliti dan
kemungkinan ada beberapa nama baru hendak ditambah.
Setelah itu dibelek-beleknya pula contoh "potpourri"
yang bakal dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang
oleh para tetamu nanti.

"Hai tak tidur lagi?"
Terkejut, Munirah berpaling.
"Mama ni, buat terkejut orang je. Tak boleh nak lena
lah mama. Banyak hal yang belum selesai.'

"Ala ... Bukan nak kenduri esok. Dua bulan lagi.
Tidurlah. Esok nak kerja. Nanti lena pulak depan
pelajar," nasihat ibunya dengan lembut.

"Oklah Mama tidur dulu. Sekejap lagi Irah tidur."
Rahimah berlalu meninggalkan Munirah terkebil-kebil
menatap potpuri yang masih di tangannya. Walaupun
masih ada masa dua bulan untuk menyempurnakan
persiapan perkahwinannya, namun Munirah cukup cemas.
Dia tidak mahu kendurinya nanti ada sebarang
kekurangan atau cacat cela yang bakal mengundang umpat
keji saudara mara. Dia perlu jaga statusnya sebagai
seorang pensyarah.

Munirah terkenangkan bakal tunangnya, Razak yang kini
sedang berkursus di Selatan tanahair. Dia telah
menjalinkan hubungan dengan Razak sejak di tahun
pertama waktu sama-sama menuntut di sebuah universiti
yang sama. Hanya setelah masing-masing tamat pengajian
dan memulakan karier, barulah mereka mengambil kata
sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Setelah
bertahun-tahun berhubungan, Munirah yakin dia telah
cukup mengenali hati budi Razak. Baginya Razaklah
lelaki yang sesuai dijadikan suami kerana sikapnya
yang sangat bertanggungjawab dan penyayang, Munirah
membayangkan hari-hari depan yang indah setelah
diijabkabulkan nanti.

Munirah dan Razak bercadang untuk berbulan madu di
Bali. Mereka juga telah membeli sebuah rumah sebagai
persediaan untuk hidup bersama, sebaik sahaja mengikat
tali pertunangan. Masing-masing bersetuju untuk
menimang 4 orang cahaya mata sahaja. Takut kalau ramai
sangat anak, tidak mampu pula untuk biayai pelajaran
mereka. Maklumlah era cyber ini, sernuanya memerlukan
duit. Itulah perancangan akal cetek mereka. Terlupa
bahawa perancangan Tuhan mengatasi perancangan
manusia.

Sejak bertunang setahun lalu Munirah mula membuat
persiapan perkahwinan secara berdikit-dikit. Hampir
setiap hari dia membelek majalah yang memaparkan
pakaian pengantin, gubahan hantaran, contoh rekaan
pelamin serta serba mak nenek yang berkait dengan
kenduri kahwin mengikut trend semasa. Melalui temannya
yang bercuti ke luar negara, dia mengirimkan beberapa
barangan berjenama untuk dijadikan hantaran. Setiap
hujung minggu pula dia menjelajah dari satu butik ke
satu butik untuk mencari pakaian yang sesuai untuk
majlis berkenaan. "Ala, sekali seumur hidup. Lagipun
kan Irah anak bongsu mama. Lepas ni dah tak payah buat
kenduri kahwin lagi. Apa salahnya berhabis habisan
untuk kenduri Irah ni," jawab Munirah bila ditegur
ibunya.

Rahimah bukan tidak bersetuju dengan perancangan
Munirah untuk mengadakan kenduri besar-besaran. Memang
dia berkemampuan pun. Cuma hatinya masih sedih
mengenangkan perkahwinan kakak Munirah, Salasiah 5
tahun yang lalu. Waktu itu kendurinya memang besar.
Jadi sebutan orang. Bagaimanapun, rumahtangga yang
dibina hanya bertahan selama dua tahun. Selepas
mendapat anak seorang, mereka bercerai dan
masing-masing membawa haluan sendiri.

Kini dialah yang membela anak mereka. Bukan dia
keberatan untuk membela cucu sulungnya itu, cuma
hatinya pedih bila mengenang nasib budak itu yang
kehilangan kasih ibu bapa. Manakala ibu dan bapanya
masih ingin hidup bebas dan enjoy macam orang bujang.
Kerana itulah bila mengingatkan perkahwinan Munirah,
dia mendoakan agar Munirah tidak menerima nasib yang
sama.

Rahimah menganggap apa yang berlaku kepada Salasiah
adalah kerana kesalahannya juga. Memang Rahimah pening
kepala memikirkan anak-anak perempuannya yang enggan
memberi sepenuh komitmen pada rumahtangga.
Masing-masing hendak jadi macam orang Barat yang mahu
berumahtangga tetapi tidak mahu memikul amanah dan
tang-gung Jawabnya. Tidak seperti orang dulu-dulu.

Rahimah terkenang, dia dulu kahwin atas pilihan orang
tua. Bila bergelar isteri, seluruh hidupnya diabadikan
untuk suami dan keluarga. Orang dulu-dulu jarang nak
bercerai-berai. Orang sekarang, bercinta
bertahun-tahun tetapi bila kahwin,sekejap sahaja sudah
bercerai. Tak serasilah, sudah tidak sehaluanlah.
Padahal masa hendak kahwin, masing-masing rasakan
itulah pasangan paling tepat untuk dunia Akhirat.

Mungkin salah Rahimah juga kerana gagal mendidik
anak-anaknya dengan baik sehingga masing-masing mahu
membentuk rumahtangga mengikut selera sendiri. Agama
dan adat, sernuanya ditolak ke tepi. Itulah yang
berlaku kepada kebanyakan pasangan yang berkahwin hari
ini. Sebab itu fail perceraian bertimbun-timbun di
pejabat-pejabat agama. Rumahtangga itu ibarat bahtera
yang berlayar di tengah autan. Waktu tenang, mudahlah,
tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak
mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak
dikemudi dengan iman dan taqwa. Inilah yang tidak
mampu Rahimah sampaikan kepada anak-anaknya kerana dia
sendiri bukan mendalarn sangat pengetahuan agamanya.
Cuma dulu, waktu aruah Pak Adam masih hidup, Rahimah
mampu jadi isteri yang taat kerana memang begitu
asuhan orang tuanya. Taatnya pada suami bukan bertitik
tolak dari iman. Rahimah tahu, kalau dia cuba
syarahkan tentang rumahtangga yang baik, pasti
anak-anaknya akan berhujah kembali untuk
mempertahankan pendapat dan pendirian mereka. Akhirnya
yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa untuk
kebahagiaan mereka dunia Akhirat.

Pada suatu petang Munirah pulang dari kampus dengan
wajah ceria. Rahimah yang menyambutnya di pintu,
tertanya-tanya kerana selalunya Munirah akan tiba di
rumah dengan wajah letih, tidak bermaya.

"Ada berita baik ke. Semacam aje senyum tu."
"Memang ada berita baik. Kak Sarah call tadi. Dia
balik bercuti sebulan. Bolehlah minta tolong dia
siapkan hantaran."

"Dia balik seorang ke?" Terbayang wajah anak
saudaranya yang telah bertahun-tahun di luar negara.

"Balik satu family. Cuti musim panas. Tapi tak sempat
tengok tengok Irah bersanding sebab bulan depan, dia
balik ke UK semula."

"Lama tak jumpa Sarah. Macam mana rupa anak dia
agaknya. Maklumlah, kahwin dengan orang putih."
"Tentulah cute. Tapi anak Irah nanti lagi cantik sebab
Razak muka macam mamak, Irah pulak macam Cina," jawab
Munirah bersahaja sambil berlenggang ke biliknya.

Rahimah hanya tergelak kecil. Macam-macarn angan-angan
Munirah. Hari minggu, Sarah muncul di rumah Rahimah
bersama suami dan anaknya. Penampilannya cukup
mengejutkan Munirah. Dulu sewaktu meninggalkan
tanahair untuk menyambung pengajiannya, sepupu-nya itu
lebih selesa berseluar jeans dan berkemeja. Adakalanya
dia gemar juga menampilkan imej yang agak seksi.
Bagaimanapun had ini dia muncul dengan berjubah dan
bertudung labuh. Suaminya, Abu Bakar bin Abdullah pula
berseri-seri dengan kopiah di kepala. Satu
pernandangan yang agak aneh buat Munirah. Sangka
Munirah, setelah bertahun-tahun di London, Sarah tentu
akan tampil lebih elegant dengan fesyen terkini dari
kota fesyen itu.

". Apa khabar bakal pengantin kita?" sapa Sarah sambil
bersalaman dan memeluk Munirah. 
"Waalaikumussalam. Insya-Allah OK," jawab Munirah
dengan sedikit rasa kekok. Rahimah terus mengambil
anak Sarah dari dukungan Abu Bakar.

"Comelnya cucu, Tok Tam."
Abu Bakar yang dari tadi hanya tersenyum, menghulurkan
ole-ole dari Kota London. Rahimah menyambut dengan
senyuman. Hatinya cukup tertarik dengan wajah bersih
Abu Bakar. "Dah lama kamu masuk Islam?" tanya Rahimah
dengan nada ingin tahu.

"Dah hampir sepuluh tahun," jawab Abu Bakar dengan
bahasa Melayu berslanga.

"Eh, boleh cakap Melayu, kamu. Mak Tam tak pernah lagi
jumpa" Sarah dan Abu Bakar tertawa.

"Untunglah kamu dapat kahwin dengan Mat Salleh. Dapat
duduk luar negeri. Dapat anak comel" Kata-kata Rahimah
sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu di hati
Munirah.

"Saya beruntung sebab dapat Mat Salleh yang soleh, Mak
Tam. Itu lagi penting. Saya memang malu dengan dia ni
sebab dia yang banyak bimbing saya untuk beramal
dengan Islam. Mak Tam bukan tak kenal Sarah dulu-dulu.
Teruk."

"Memang untung kalau dapat suami soleh. Suami tu,
pernimpin rumahtangga. Kalau suami soleh, selamatlah
rumahtangga," luah Rahimah sambil fikirannya
terbayang-kan wajah Salasiah. Terlupa dia pada Munirah
yang sedari tadi hanya diam membisu.

Selang beberapa hari selepas itu, Munirah mengajak
Sarah shopping di KL. Dia inginkan pendapat Sarah
tentang pakaian yang hendak ditempah untuk malam akad
nikah. Seingat Munirah, 'taste' Sarah memang bagus.
"Masa Sarah kahwin kat UK dulu. siapa yang uruskan
persiapan kahwin?" tanya Munirah waktu membelek-belek
beberapa pasang baju kurung moden bersulam di sebuah
butik.

"Kami kahwin ala kadar sahaja. Yang wajib akad
nikahnya. Kenduri pun kawan-kawan yang tolong. Masak
sikit-sikit, lepas tu makanlah sama-sama."

"Tak glamourlah gitu. Kahwin kan sekali seumur hidup,"
tingkah Munirah dengan dahi berkerut.

"Mana Munirah tahu kahwin tu sekali seumur hidup?
Jodoh, ajal maut, kan di tangan Tuhan. Entah-entah
esok lusa, suami mati. Tak kan tak kahwin lain. Tak
pun macam Kak Salasiah. Dah bercerai. Dengar kata, dah
dapat calon suami baru. Nanti nak kahwin lagi untuk
kali kedua," jawab Sarah dengan lembut sambil matanya
turut memerhatikan sulaman yang cantik pada baju
kurung yang dipegang Munirah.

"Tapi, ini kan kali pertama Irah kahwin. Kenalah buat
semeriah mungkin," balas Munirah. "Ah, perut pun dah
berkeroncong ni . Jom kita makan dulu."

Sarah menurut tanpa banyak soal. Sewaktu makan dia
cuba untuk memberi panduan kepada Munirah dalam
menempuh alam baru.

"Sarah nak tanya pada Irah satu soalan. Apa tujuan
Irah kahwin?'

"Aiik! Soalan cepu emas ke ni? Anyway, bagi Irah,
kahwin itu adalah untuk menghalalkan per-hubungan
antara seorang lelaki clan wanita. Betul tak. One more
thing, memang fitrah manusia itu ingin dikasihi dan
mengasihi. Sebab itu Allah ciptakan Hawa untuk Nabi
Adam, right?" balas Munirah dengan penuh yakin.

"Itu saja matlamat perkahwinan?"
"What else?"
"Kalau sekadar nak lepaskan naluri seks, buat apa
sampai nak berkenduri kendara besar-besaran. Tak
berbaloilah macam tu."

"So what?"
"Sebenarnya tujuan perkah-winan itu sangat besar. Niat
awal kahwin itu sangat penting untuk menjamin lahirnya
satu rumahtangga yang diberkati Tuhan. Nanti
perjalanan rumahtangga tu, akan dibantu. Tuhan akan
pelihara rumahtangga kita sam-pai rumahtangga tu boleh
jadi syurga dunia sebelum Allah beri Syurga di
Akhirat."

"Tak sangka pulak engineer boleh jadi ustazah."
"Bukan begitu. Islam itu untuk semua orang dan ia
mesti jadi panduan setiap orang," balas Sarah
tersenyum, "sebelum Irah melangkah ke alam
perkahwinan, eloklah Sarah bagi peringatan dulu.
Janganlah bayangkan kahwin tu pada yang indah-indah
clan romantik-romantik saja. Nanti akan ada ujiannya,
akan ada pahit yang terpaksa di telan. Kalau tak buat
persediaan yang tepat, memang rumahtangga tak akan
boleh bertahan lama. Rumahtangga boleh jadi neraka
tau!" Munirah menyedut minuman dari gelasnya. Masuk
juga dalam fiki-rannya kata-kata Sarah itu. Cukuplah
apa yang dialami oleh kakaknya Salasiah menjadi bukti
kebenaran kata-kata Sarah itu.

"Irah tahu tak, dalam Islam kahwin tu matlamatnya
besar dan mulia. Betullah yang Irah cakap tadi. Nak
halalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Itu
memang antara tujuan perkahwinan, supaya kita tak
terjebak dengan zina. Selain tu, ada lagi yang tidak
kurang pentingnya. Kita kena niat kahwin untuk
lahirkan generasi Islam seterusnya. Zuriat kita tu
adalah aset untuk Islam. Lagipun Rasulullah suka umat
yang ramai."

"Tapi rasa-rasanya mak bapak kita dulu tak adalah
pasang niat macam tu, tapi kita lahir pun, tetap jadi
orang Islam."

"Islam setakat pada nama, apa ertinya? Sedangkan pada
peribadinya langsung tak melambangkan peribadi mukmin.
Kita tengok sekarang macam mana masyarakat kita.
Macam-macam masalah sosial. Kronik betul. Mucla lagi
dah terlibat dengan dadah, seks bebas, jenayah, sampai
budak 12 tahun pun dah pandai rogol dan bunuh orang.
Itu bukan aset agama namanya. Puncanya dari
rumahtangga yang rosaklah tu. Kes-kes sumbang mahram
tu. Tahu tak apa puncanya? Something wrong masa akad
nikah-nya atau semasa proses perkahwinan tu. Mungkin
sebelum kahwin mak ayahnya dah bergaul bebas, dah
biasa buat maksiat. Memang rosaklah keturunan selepas
itu."

Munirah termenung. Kegembiraannya untuk menjadi
pengantin baru seperti terganggu. Sebelum ini
fantasinya hanya yang indah-indah, terutama apabila
mem-bayangkan keindahan berbulan madu. Tapi
rupa-rupanya banyak lagi per-soalan yang menunggu di
hadapan.

"Macam tu ke?"
"Iya. Kalau kita rancang perkahwinan kita dengan betul
mengikut apa yang Islam gariskan dan kita jaga supaya
setiap step ke arah perkahwinan itu sesuai
seperti-mana yang Tuhan kehendaki, insya-Allah,
rumahtangga kita akan berjaya. Bayangkan kita dapat
lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan saja
anak-anak tu boleh bantu kita di Akhirat, di dunia
lagi anak-anak tu akan jadi manusia yang berjasa pada
agama, pada negara. Anak-anak kita boleh menjadi
manusia-manusia yang akan membangunkan empayar Islam."



"Tingginya angan-angan.
" Ini bukan angan-angan tapi cita-cita. Kan Islam
pernah menguasai tiga suku dunia. Islam diperjuangkan
oleh peribadi-peribadi hebat yang lahir hasil didikan
Rasulullah. Sekarang kita simpanlah niat dan cita-cita
untuk mengulangi sejarah tu."

"Irah tak layaklah nak buat kerja besar macam tu." 
"Memanglah kita ni tak layak. Tapi kita niatlah nak
lahirkan peribadi-peribadi yang layak melalui
perkahwinan kita kerana nak dapat keredhaan Tuhan.
Sampai bila hidup kita nak terus terjajah dengan
budaya bukan Islam yang sekarang terbukti sangat
merosakkan dan merugikan kita. Kalau setakat rugi di
dunia, tak apalah. Rugi di Akhirat, siapa nak tolong?"



"Salah ke cara Irah buat persiapan kahwin ni?"
"Tak salah. Tapi ini cuma persiapan lahir. Tak
payahlah sampai membazir. Yang lebih penting, tambah
ilmu agama sebagai persediaan. Baiki diri, Belajar
fardu ain, Feqah juga penting, utk menjaga kebersihan
ibadah kita. Betulkan sembahyang. Kuatkan hubungan
dengan Allah.. Kalau hati sentiasa berhubung dengan
Tuhan, apa-apa problem pun kita boleh atasi.
Especially bab nak taat suami. Bukan mudah tau.
Lagilah kalau kita rasa kita lebih pandai dari dia.
Nanti mulalah nak tunjuk 'power'. Dalam setiap hal
kita akan challenge dia. Habislah rumahtangga kalau
isteri pun nak jadi ketua. Dalam rumahtangga ada
seni-seninya. Itupun nak kena belajar."

"Sarah ni menakutkan Irahlah. Rasa macam kahwin itu
suatu yang complicated sangat."

"Bukan niat nak takutkan Irah. Tapi nak Irah bersedia
untuk menerima realiti perkahwinan tu. Sementara ada
peluang. Nak kahwin pun perlu ada persiapan yang
cukup. Bukan setakat pandai masak, pandai bersolek dan
hias rumah. Duit atau cinta tak akan mencukupi. Bekal
yang paling utama, iman."

"Sempat ke nak dapat iman tu. Masa tinggal dua bulan
lagi."

Sambil tersenyum, Sarah menepuk-nepuk lengan Irah.
"Insya-Allah. Tahu tak orang dulu-dulu, sebulan
sebelum kahwin, memang kena berkurung. Sebab nak dapat
seri muka. Sekarang, Irah buatlah perkara yang sama.
Masa dua bulan ni, manfaatkan untuk tingkatkan ilmu
Islam, untuk dapat iman. Insya-Allah, nanti Razak akan
rasa kahwin dengan Irah ni seolah-olah dia dapat
permata berharga. Berbaloilah dengan hantaran kahwin
lapan ribu ringgit yang dia terpaksa beri tu."

Munirah tersenyum. Sedikit sebanyak, cakap cakap Sarah
itu memberinya satu persepsi baru tentang perkahwinan.
Dalam hati dia menyimpan matlamat untuk menimba ilmu
agama dengan lebih mendalam dari Sarah sementara Sarah
masih di tanah air. Mudah-mudahan rumahtangga yang
akan dibinanya itu lebih bermakna lagi...

No comments:

Post a Comment