Blogger Layouts

Tuesday, January 18, 2011

Kisah Ayop



Ayop, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. 
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas 
hospital. Tiba di tepi pagar Ayop lantas memanjang satu tiang lampu 
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan 
mengarahkan Ayop turun, Ayop tidak mahu turun. Datang pula pengarah 
hospital, "Ayop!!Turun Ayop nanti jatuh", katanya. Ayop tidak mahu turun juga. 

Dipanggilnya pihak bomba, "Ayop! Turun Ayop, kalu tidak kami potong 
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan 
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Ayop tidak 
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Ayop turun 
Ayop!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami 
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Ayop!. Ayop tidak turun-turun juga. 

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Abg, seorang teman 
Ayop dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. 
"Abg!Harap-harap Abg boleh tolong turunkan Ayop dari atas tiang 
lampu"Tolonglah Abg ya! 

Jawab Abg"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Abg dibawa kepada tiang lampu 
itu. 

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Abg! ABg nak pilih alat yang 
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!ABg nak gergaji!" 

Baiklah! Ambillah gergaji itu. 
Lalu Abg mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang 
lampu itu. Abg pun berteriak, Hoi Ayop!!!Hang turun, kalau hang tak 
turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!! 

Mendengarkan amaran itu Ayop yang berada hampir 3 jam di atas tiang 
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas 
hospital. Pemberita pun datang menemubual Ayop. "Kenapa Ayop turun bila Abg datang 
sedangkan bomba dan polis datang Ayop tak turun? 

Jawab Ayop; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Abg ni 
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Abg tue GILA

No comments:

Post a Comment